Sejarah



 Kampung Parit Tengah, Seri Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor

Sebelum Kampung Parit Tengah di buka, Kampung Seri Merlong dan Seri Belahan telah dibuka terlebih dahulu.Antara kedua-dua kampung tersebut terdapat satu kawasan hutan yang luas,memanjang dan selari dengan kedua buah kampung tersebut. Pada tahun 1884 datang hamba Allah berbangsa jawa dari Indonesia yang bernama Hj. Abd. Samad Bin Abdullah dan beberapa rakannya dari sungai Kluang telah menebang hutan dan merintisnya lalu dibina sebatang parit diantara kedua buah kampung tersebut dijadikan sebuah kampung lagi. Oleh kerana kawasan yang diteroka terletak ditengah-tengah antara kedua buah kampung maka kawasan itu dinamakan Parit Tengah,maka kekal hingga sekarang.