Apakah program homestay?
Program Homestay adalah pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga yang dipilih, berinteraksi dan menimba pengalaman kehidupan seharian keluarga homestay dan juga mempelajari budaya masyarakat luar bandar di Malaysia. Produk Homestay tidak digolongkan sebagai kemudahan penginapan. Ia lebih memfokuskan kepada gaya hidup dan pengalaman, termasuk budaya dan kegiatan ekonomi.
Apakah jenis-jenis aktiviti yang ditawarkan di homestay?
Setiap homestay menawarkan pelbagai jenis aktiviti bergantung kepada budaya, makanan, aktiviti ekonomi serta lokasi. Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dari segi budaya, bermula dari 'Nasi Dagang' di Kelantan, hingga ke Tarian Sumazau di Sabah, serta tinggal di rumah panjang yang terletak di Sarawak. Contoh-contoh aktiviti di homestay meliputi:
(i) Budaya dan Gaya Hidup

- Sejarah
- Tarian tradisional, lagu tradisional dan makanan tradisional
- Permainan dan sukan tradisional
- Budaya: Perkahwinan, majlis korban, dan upacara keramaian
- Menoreh getah
- Penternakan ikan
- Pertanian: Padi, koko, minyak sawit, buah-buahan
- Melawat kawasan-kawasan sekitar homestay (sightseeing)
- Merentas hutan (Jungle tracking)
- Arung jeram (White Water Rafting)
- Melawat produk pelancongan berdekatan
- Program Menanam Pokok: Para pelancong digalakkan untuk menanam pokok di homestay yang dilawati dengan tujuan untuk memulihara alam sekitar dan juga mencantikkan lagi lanskap homestay tersebut.
Apakah kos pakej bagi lawatan homestay?
Pakej homestay 2 hari 1 malam adalah dianggarkan antara RM150 hingga RM250 termasuk penginapan, makanan dan aktiviti (kos bergantung kepada aktivit-aktiviti yang ditawarkan oleh pengusaha homestay dan aktiviti-aktiviti di atas permintaan pelancong). Kos yang terperinci untuk setiap pakej boleh didapati daripada laman web rasmi Homestay Malaysia di www.go2homestay.com.
Bagaimana hendak membuat penempahan untuk melawat Homestay Malaysia?
Butiran untuk setiap pakej dan kos boleh didapati di laman web rasmi Homestay Malaysia di www.go2homestay.com. Para pelancong boleh memilih negeri yang hendak dilawati dan memilih jenis aktiviti yang ingin disertai. Peta lokasi ke homestay dan maklumat pengusaha untuk setiap homestay juga boleh di dapati di laman web tersebut untuk kemudahan para pelancong membuat tempahan secara terus.
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), tumpuan utama untuk maklumat pelancongan Malaysia yang terletak di Jalan Ampang turut menyediakan kemudahan untuk membuat tempahan menginap di homestay.
"The Malaysia Rail Explorer" iaitu satu pakej homestay baru di mana para pelancong dijemput untuk menimba pengalaman melawat Kelantan dengan menaiki keretapi dari Singapura merupakan cara yang terbaik untuk mempelajari budaya dan tradisi negeri tersebut. Tempahan untuk pakej ini boleh dibuat melalui www.malaysiarailexplorer.com.